Search This Blog

Thursday, December 17, 2009

DUNIA DALAM MATA KU



(hadiah buat anak-anak Palestin di hari lahir kalian)

terlalu lama suara damai sembunyi di balik bukit,

kekuatan apa lagi ingin di cari?

tanah rata mula jadi kontang, dan anak-anak mengigau tentang hujan.


warna merah itukah darah? saban hari kami lihat jadi mainan dalam temasya peluru dan motar,

tumpahnya di tanah milik kami, milik poyang moyang kami.


nisan-nisan pun tersusun mengambil gilir, dan pesan talqin sering bertukar ganti.


benarkah ada cerita tentang “Oder Baru Dunia”?

sejahterakah kalian di balik sana?


“Langit Terbuka” menyimpan bulan yang sama,

bolehkah kita berkongsi mimpi?


dengan harga bagaimana harus dibayar,

nilai sebuah hidup dan sekuntum senyuman.

berikan kami suara hanya untuk meminta seteguk manisan.


berikan kami suara,

kerana darah dan airmata bukan bahasa untuk bercerita.


23 Mac 1992


No comments:

Post a Comment