Search This Blog

Friday, December 18, 2009

AKU DAN JESSELTON



ASSALAMUALAIKUM & Salam penuh kasih sayang buat semua insan yang pernah hadir dalam hidupku dan menjadikan aku semakin dewasa kini.

Rahmat Tuhan telah membawa aku jauh meninggalkan tanah kelahiran. Senyum ibu, tawa bapa dan wajah orang-orang yang telah mendewasakan aku hanya dapat aku bayangkan dalam ingatan yang tak pernah pudar. Aku faham, aku cukup mengerti bahawa hidup ini bukan sekadar untuk mengecap hilai tawa, tapi jauh lebih penting adalah memburu kasih sayang dan rahmatNYA.

Terlalu janggal untuk aku berdiri di sini, berkata-kata di bumi JESSELTON. Segalanya jadi terlalu canggung apabila bayangan dan realiti mula berpisah. JESSELTON bukan tanah untuk bersuka ria, bukan tanah untuk melayan gelora jiwa, tetapi JESSELTON terlalu kaya dengan rahmat TUHAN, tanah untuk orang-orang yang berjuang, penuh dengan kasih sayang dan senyuman.

ATIE, AKHTAR dan AMSYAR,
Kita tidak hadir di sini hanya untuk menjadi sia-sia, tetapi kita hadir untuk mencipta bahagia.

3 comments:

  1. nice entry..sy nak dtg sana ujung tahun ni lau xde pape..singgah umah blh x? ^_^

    ReplyDelete
  2. uiks, ingatkan adik kat sini? ari tu kata nak balik lok kawi? datang le, bila2 pun bole bah kalo ko hehe

    ReplyDelete
  3. huhu...penuh dengan bunga2..bahasanya...orang dah follow ne.. (^_6)

    ReplyDelete